Friday, April 15, 2011

occupational therapy??

iMungkin ada yang pernah mendengar bidang Physiotherapy (Fisioterapi/ Pemulihan Anggota), Speech Therapy (Terapi Pertuturan) dan Audiology di hospital. Tetapi jarang sekali mendengar apa itu Occupational Therapy? Untuk makluman, occupational therapy juga dikenali sebagai Pemulihan/ Terapi Carakerja atau ringkasannya “OT”. Di hospital dan pusat perubatan, keempat- empat bidang ini diletakkan di bawah Department Rehabilitation Medicine (Pemulihan Perubatan).
Bidang Tugas
Occupational Therapist (Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja) terlibat dalam tugasan seperti:
  1. Menjalankan penilaian tahap kondisi/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan (disability) yang mengganggu kefungsiannya.
  2. Menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobiliti, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian.
  3. Memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit.
  4. Memberikan laporan tentang penilaian, perancangan rawatan dan kemajuan pesakit kepada pegawai perubatan dan pakar perubatan.
Pusat Pengajian
Di Malaysia bidang ini hanya ditawarkan di UiTM dan UKM sahaja, meliputi pengajian peringkat Diploma in Occupational Therapy (3 tahun) dan Bachelor of Occupational Therapy (Honours) (4 tahun). Bidang ini diletakkan di bawah Fakulti Sains Kesihatan.
IPTS yang menawarkan diploma dalam bidang ini pula adalah Masterskill College, Cheras dan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Terengganu.
Bidang occupational therapy banyak ditawarkan di universiti luar negara. Selain itu, Kementerian Pelajaran turut menaja pelajar cemerlang SPM untuk menyambung pengajian ijazah dalam Occupational Therapy di universiti luar negara seperti Cardiff University, UK, New Castle University, Australia, dan Brunel University, UK.
Pengajian master pula hanya boleh didapati di luar negara buat masa ini, sama ada di UK, Australia, US, mahupun New Zealand.
Peluang Pekerjaan
Graduan Occupational Therapy mempunyai peluang yang cerah dalam pasaran pekerjaan meliputi kerjaya di hospital kerajaan dan pakar swasta, pusat rehabilitasi kerajaan dan swasta, sekolah pendidikan khas kerajaan dan swasta, dan juga dalam bidang konsultasi dan amalan persendirian.
Bagi graduan yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran, mereka akan menjalani Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) selama 1 tahun apabila pulang, sebelum diserap sebagai School Based Occupational Therapist di sekolah pendidikan khas.
Graduan diploma boleh memohon jawatan sebagai Jurupulih Perubatan Carakerja, gred U29 manakala graduan ijazah pula bakal menjawat jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja), gred U41 di klinik dan hospital kerajaan.

helping kids with autism



one of speech therapy technique
p/s; ni saje je ak copy blek bende ni wat sape yg b'minat..sbb aku pun cam minat course ni..sblum ni pnah dngar org sbut OT..OT..tpi x prnh tau pun pasal ape..so ni lah die rupenye OT tu ek??..oooo..(OT also stand 4 overtime jgak ea??)

2 comments: